Gambar yang dipetik daripada video tidak bertarikh dalam YouTube menunjukkan tentera Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. - REUTERS |
WASHINGTON 12 Jan. - Kor Marin Amerika Syarikat
(AS) akan melancarkan siasatan berhubung satu rakaman video yang
menunjukkan askar AS di Afghanistan dipercayai membuang air kecil ke
atas mayat pejuang Taliban yang disiarkan di YouTube dan laman web lain.
Dalam video itu, empat lelaki berpakaian seragam tempur
celorong-celoreng kelihatan membuang air kecil ke atas mayat tiga
pejuang Taliban.
Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, 'selamat jalan,
kawan', manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di
bawah pancuran.
Rakaman video itu boleh disaksikan di http://www.youtube.com/watch?v-TMq3m-Oli4
"Walaupun kami belum mengesahkan asal-usul atau kesahihan video itu,
tindakan yang ditunjukkan tidak selaras dengan prinsip-prinsip utama
kami dan tidak menggambarkan keperibadian askar Marin dalam Kor kami.
"Perkara ini akan disiasat secara terperinci," menurut Kor Marin dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai tentera yang enggan disiarkan namanya berkata, topi
dan senjata yang dibawa oleh seorang askar itu menunjukkan mereka
berempat mungkin anggota sepasukan penembak tepat elit.
Sebuah pertubuhan hak-hak sivil Islam di AS dalam sepucuk surat
kepada Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mengutuk perbuatan
mencemarkan mayat itu.
"Mana-mana pihak bersalah mesti dihukum sekeras-kerasnya di bawah
Kanun Seragam Kehakiman Tentera dan di bawah undang-undang Amerika yang
relevan," menurut Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) dalam sepucuk
surat, yang salinannya dihantar kepada beberapa pertubuhan media.
Kira-kira 20,000 askar marin AS ditempatkan di Afghanistan,
kebanyakannya di wilayah Kandahar dan Helmand di selatan negara itu. -
REUTERS
p/s - pautan youtube telah dipadam mungkin untuk menutup kelemahan pentadbiran tentera AS
p/s - pautan youtube telah dipadam mungkin untuk menutup kelemahan pentadbiran tentera AS
No comments:
Post a Comment