Thursday, September 22, 2011

Tunjuk perasaan dengan gaya tersendiri


Penunjuk perasaan sedang melakukan 'planking' iaitu aksi meniarap di atas apa saja permukaan, ketika menyertai demonstrasi berhampiran istana Presiden di Manila, semalam. Tunjuk perasaan itu bertujuan memperingati ulang tahun ke-39 penguatkuasaan Undang-Undang Tentera oleh bekas Presiden Ferdinand Marcos.






Monday, September 19, 2011

Pengetahuan Islam


Edis Elinov (kiri), Meriyem Ahmedova (tengah) dan Nurten Hasan berbincang untuk menjawab soalan Pertandingan Asas Pengetahuan Kebangsaan Kelima di Sofia, Bulgaria, semalam. Umat Islam merupakan 10 peratus daripada 7.3 juta penduduk Bulgaria - AP

Thursday, September 15, 2011

Gambar Foto Polis yang Unik

Seorang pemuja syaitan, Caius Veiovis yang berusia 31 tahun telah menjalani rawatan implan untuk membolehkan kepalanya mempunyai beberapa tanduk. Dia juga mempunyai tatu bernombor 666 yang dikaitkan dengan angka syaitan didahinya.

Veiovis mempunyai implan 3D yang kerap dilakukan oleh artis badan tanpa sebarang latihan perubatan seperti yang diperlukan dalam pembedahan plastik. Gambar muka Veiovis itu dirakam polis selepas dia didakwa melakukan penculikan dan pembunuhan tiga anggota kumpulan bermotosikal, Hell Angels.

Kumpulan Hell Angels diiktiraf oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai sebuah sindiket jenayah terancang.








Rowan Atkinson Jadi Model





Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean mempromosikan sebuah kereta Rolls-Royce di pertunjukan Motor Antarabangsa di Frankfurt, Jerman kelmarin.

Coklat Paling Besar

Beberapa pekerja dan tetamu syarikat World AOS Finnet Chocolate melihat coklat seberat 5,574.65 kilogram di Chicago, Ilianos, Amerika Syarikat, kelmarin. Coklat yang setinggi 0.91 meter dan panjang 6.4 meter berjaya mencipta rekod Guinness World Record sebagai coklat yang paling besar.

Kemalangan Keretapi

 
Beberapa anggota polis semalam menyaksikan kerosakan sebuah gerabak keretapi penumpang yang berlanggar dengan sebuah keretapi lain dekat Chitheri, India. Seramai sepuluh orang terbunuh dan seratus lagi cedera dalam kejadian yang berlaku malam kelmarin.

Ketawa dapat tanggani kesakitan

Ketawa bersama rakan-rakan dapat membantu anda menanggani kesakitan kerana otak akan dibanjiri bahan kimia seperti candu, menurut satu kajian di Britain.

Kajian itu mendapati ketawa yang berkesan untuk melegakan kesakitan adalah ketawa yang bukan di buat-buat. Ketawa riang sebegini kata mereka, lebih kerap berlaku apabila seseorang itu bersosial bersama rakan-rakan. 











Wednesday, September 14, 2011

Telur Dadar Gergasi


Saint Aygulf, Perancis - Beberapa chef memasak telur dadar gergasi di dalam kuali besar dengan menggunakan 14400 biji telur, 15 liter minyak dan 3 kilogram mentega. Chef-chef terbabit turut membakar roti gergasi untuk dimakan oleh hampir 4,000 orang di sini dalam festival tahunan telur dadar baru-baru ini. 

Menyediakan telur dadar gergasi merupakan satu tradisi di Perancis.

Menurut cerita lagenda, ia bermula di bandar Bessieres, apabila pemimpin perancis, Napolean Bornaparte mengarahkan penduduk mengumpul telur untuk memasak telur dadar bagi askar-akarnya.  













Monday, September 12, 2011

Cipta rekod makan sarapan pagi paling banyak

Steven Magree makan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori di kafe Hungry Horse, Corby
Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak. Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk seorang lelaki.

Sarapan pagi itu mengandungi, tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti.

Dia juga turut memakan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang.

Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse. 





Thursday, September 1, 2011

Bagaimana kuku manusia terbentuk

Bagaimana kuku manusia terbentuk. Kuku manusia dihasilkan daripada keratin sama seperti rambut manusia dan bahagian luar kulit manusia. Asal keratin ialah protein. 

Pada jari anda terdapat satu kawasan rata yang terletak di lapisan bawah kuku yang dikenali sebagai nail bed. Ia terletak di atas urat darah yang halus dan urat ini memberi makanan dan warna merah jambu kepada kuku anda. 

Apabila sel-sel akar nail bed membesar dan membentuk keratin maka akan lahirlah kuku! Lapisan-lapisan keratin akan terikat antara satu sama lain dan kuku akan mula tumbuh keluar daripada akar nail bed sehingga ke hujung jari tangan atau jari kaki. 

Kebanyakan manusia mengalami pertumbuhan kuku yang perlahan. Malah kuku yang anda lihat sekarang mungkin tidak akan diganti dengan kuku baru dalam tempoh enam bulan atau setahun dari sekarang. Di bahagian akar kuku iaitu pertemuan antara kuku dan kulit anda ialah kutikel. Setiap kuku mempunyai kutikel masing-masing dan ia membantu menghalang sel baru keratin yang keluar untuk membentuk kuku baru.

Sumber - Estidotmy, September 2011