Friday, October 1, 2010

Berapa banyakkah negara di dunia?

Menurut data yang dikumpulkan menerusi almanak InfoPlease Kids di Yahooligans, dunia kini mempunyai 190 buah negara yang merdeka.

Rusia adalah negara terbesar di dunia manakala Vatican City di Rom (negara di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berjumpa Pope John Paul) adalah negara paling kecil di dunia.

Keluasannya dianggarkan kurang daripada 1.6 km.

Bagaimanapun, selain 190 negara merdeka ini terdapat banyak lagi kawasan, wilayah dan juga negara-negara di bawah jajahan.

Contohnya, Samoa, salah satu daripada pulau di Kepulauan Pasifik adalah di bawah pemerintahan Amerika Syarikat.

Friday, May 14, 2010

Mumia Korea 500 tahun dijumpai

Gambar menunjukkan mumia seorang wanita berusia 500 tahun yang ditemui
di bandar Osan, Korea Selatan.

SEOUL - Mumia seorang wanita yang dipercayai berusia 500 tahun ditemui di sebuah tapak kompleks industri di bandar Osan, 35 kilometer dari ibu negara Korea Selatan, Seoul, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut ditemui di dalam sebuah keranda kayu bersama beberapa helai pakaian mewah, sejumlah barangan perhiasan dan sebuah beg tangan.

Beberapa penyelidik di Institut Penyelidikan Warisan Kebudayaan Seogyeong percaya wanita itu ialah isteri seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang meninggal dunia pada kurun ke-16 semasa pemerintahan Dinasti Joseon.

Dinasti berkenaan memerintah Semenanjung Korea dari tahun 1392 hingga 1910.

Sebelum dimakamkan, mayat golongan bangsawan terlebih dahulu diletakkan ke dalam keranda kayu tebal dan dilitupi dengan lapisan batu kapur bagi mengasingkan tubuh mayat daripada kelembapan dan udara. - Agensi