GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak
seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan
apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di
rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu
langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih
rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan
dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan
bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan
sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
Sumber MyMetro