Monday, October 31, 2011

Haiwan dianiaya untuk but

Ini perihal kezaliman manusia. Aku terbaca Harian Metro bertarikh 05.10.2011. Di sini aku kepilkan keratan akhbarnya. Sila klik untuk membaca.



Untuk gambar video sila klik video.



Jualan Buku terbesar di MAEPS, UPM Serdang

Hari ini aku terbaca iklan ni, teringin juga nak pergi..


Pertandingan Selangorshine Eco Photo Hunt 2011

Pertandingan Selangorshine Eco Photo Hunt 2011 telah kembali.
Bermula dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam, para peserta akan diberikan soalan berpandukan tempat2 menarik yang perlu mereka ambil gambar sehinggalah tempat akhir, Sungai Congkak.

Yuran : RM50 sepasukan (4 orang) untuk pelanggan majalah PCP
RM60 untuk bukan pelanggan majalah

Hadiah:

Hadiah Utama : RM2,000 & Hadiah
5x Hadiah Merit : RM800 & Hadiah
8x Hadiah Consolation : RM400 & Hadiah
Gambar Terbaik : RM1,000


Selangor Shines Photo Hunt 2011
Rules & Regulations:The Photos
  1. Photos must be taken on the day of competition – 17th December, 2011.
  2. Participants may use any type of digital camera to shoot photographs for this contest.
  3. Each team has to answer all the questions in photo images. One photo answer per question.
  4. The photo must portray the best or most creative presentation of the subject in question.
  5. Only JPEG format is accepted, no RAW files.
  6. Images must NOT be altered with any image editing software. In-camera cropping or enhancement is allowed.
The Submission
  1. In order to speed up the photo submission process, all teams are encouraged to bring own equipment for image transfer/selection like notebook PC, thumb-drive, card reader, etc.
  2. Pre-select your images, rename the files according to the question numbers and copy them to a thumb-drive or memory card before you proceed to the downloading counter.
  3. Check file numbers/images carefully before submitting, no changes will be entertained after submission.
  4. Participants must fill up the team details on the envelope provided, insert the thumb-drive/memory card with photo hunt answers and pass to the designated downloading counter.
  5. Counter opens for DOWNLOADING only during designated time at Sungai Congkak Park & Resort.
  6. Submission time will be announced during the briefing session prior to the hunt.
  7. Only one representative from the team to submit the images at the downloading counter.
  8. Only one set of answers is allowed from each team.
The Photo Hunt Trail
    1. Read the questions carefully.
    2. Respect the places of worship. Love our natural surroundings.
    3. Adhere to road safety guidelines; do not put yourself/others in danger.
    4. Do not trespass into private properties.
    5. Be courteous and be a good citizen.
    6. Control your time well so that you have enough time to select, rename, transfer and check your photos.
    7. And most of all have time to enjoy!
Lost your way? Relax…. please contact us at 016-605 1703
Reproduction Rights of Organisers
The organisers reserve the rights to reproduce and exhibit the winning images in all media, printed and on-line. However, the copyright will be retained by the photographers.


Untuk keterangan lanjut, sila layari laman website http://pcp2u.my/2011/10/selangor-shines-eco-photo-hunt-2011/

Sunday, October 30, 2011

Hari ini, seramai 14,345 orang cuba untuk mencipta Rekod Dunia Guinness baru. Mereka berkumpul untuk mandi di kolam air panas di perbandaran Chongqing barat daya China.  

Rekod sebelumnya menunjukan seramai 10,121 orang. Ketika itu mereka berkumpul di kolam mandian air panas di wilayah Hubei China.


Malaysia Kini

Saturday, October 29, 2011

Festival Buku Kanak-kanak 2011

Kalau tiada aktivi lain, anda boleh bawa anak-anak ke sini. Lebih menjimatkan disamping menimba ilmu.





Program berkhatan anjuran Masjid Negara

Ni nak kepoh sikit...Masjid Negara akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai pada cuti sekolah di Masjid Negara pada 19 November. Program ini adalah usahasama antara Unit Perkhidmatan Sosial, Masjid Negara dan Rumah Khitan Sdn. Bhd.. Kaedah yang akan digunakan adalah Kaedah Smart Klamp.

Bayaran yang akan dikenakan kepada peserta adalah RM150.00 seorang. Penganjuran ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa memandangkan kos berkhatan kini agak mahal mencecah sehinnga RM200.00.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mahadi Dahlan (013-396 4757), Jamal Nahar Ibrahim (019-425 1389), Ahmad Samsuri Abd. Aziz (017-367 1263) atau talian am Masjid Negara (03-269 37784)

Friday, October 28, 2011

An inspiring Girl from China who smile thro' adversity

Melihatkan kanak-kanak perempuan Cina yang bernama Qian Hong Yang membuatkan hatiku terharu dan insaf. Qian kehilangan kedua belah kaki sehingga paras pinggang akibat kemalangan jalanraya.

Yang mengharukan, bukanlah semangat dan kehebatannya bergerak dalam keaadaan cacat tetapi setiap senyumannya yang terukir, seolah-olah kecacatannya tidak menjadi penghalang dirinya untuk terus menikmati hidup dan menyesali terhadap apa yang berlaku. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar dan pengajaran dari apa yang berlaku. Kita maih bertuah mempunyai anggota dan kehidupan yang lebih lengkap.


Thursday, October 27, 2011

Condom Fashion Show in Beijing

Hai..apa nak jadi ni ? Dah tak ada kain lagi ke ??? Sehingga kondom nak dibuat baju .....







Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 10, 2011

Adat memotong jari


Wanita tradisional puak Dani dari Wamena, Papua Barat, Indonesia, menunjukkan jarinya yang dipotong . Suku kaum primitif ini masih mengamalkan adat tradisi mereka kerana kedudukan mereka yang terpencil. 

Suku ini ketika dahulu terkenal sebagai suku memburu kepala dan masih mengamalkan adat khusus mereka sehingga kini, termasuk wanita yang memotong  jari mereka apabila setiap kali saudara terdekat meninggal dunia.



Saturday, October 8, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Sumber  MyMetro

Saturday, October 1, 2011

Fotografi Malam

Abdul Yazid Muslimin (kanan) dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Usuldin mengambil kesempatan pada detik 12 tengah malam untuk merakamkan panorama menarik sekitar Putrajaya, baru-baru ini. - utusan/Zaki Amiruddin
BIDANG fotografi semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat bagi merakamkan gambar atau detik-detik kenangan, sama ada melibatkan aktiviti kehidupan seharian mahupun keindahan alam semula jadi.

Tidak kira waktu - malam atau siang - aktiviti tersebut terus rancak bagi mereka yang betul-betul meminatinya.

Selalunya menjelang tengah malam, pasti merupakan noktah kepada rutin harian seseorang individu mencari rezeki.

Pada waktu itu juga semua ahli keluarga berkumpul dan berehat di rumah masing-masing sebelum menyambung semula tugas dan aktiviti pada keesokan harinya.

Namun bagi sesetengah individu, detik 12 malam menandakan bermulanya 'kerja' merakam suasana yang tidak sempat dilakukan di siang hari.

Tambahan pula bidang fotografi kini menjadi lebih mudah dengan adanya pelbagai teknologi canggih yang membantu individu untuk merakam detik-detik indah yang sukar diperolehi.

Fenomena ini disokong lagi dengan adanya pelbagai institusi pendidikan swasta yang menawarkan kursus dalam bidang fotografi khususnya bagi mereka yang memiliki kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Ia bukan sahaja menarik golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi juga pelajar sekolah bagi mendalami teknik-teknik fotografi.

Kebiasaannya, tempat-tempat menarik menjadi tumpuan kepada golongan yang mengagumi keindahan ini. Antara yang menjadi pilihan ialah suasana waktu malam di sekitar Putrajaya.

Dari tinjauan yang dibuat pada detik 12 malam di Putrajaya didapati, terdapat individu tertentu mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana malam yang diterangi sinaran lampu di bandar tersebut.

Antara individu yang ditemui ialah Abdul Yazid Muslimin, 24. Dia seorang penyunting video di sebuah syarikat penyiaran swasta dan kebiasaannya menghabiskan sisa-sisa malam dengan mengambil gambar di merata tempat.

Menurut Abdul Yazid, mengambil gambar pada waktu malam mempunyai keistimewaan tersendiri kerana gambar yang diambil lebih cantik berbanding pada waktu siang kerana boleh mempelbagaikan kesan cahaya.

Katanya, suasana juga memainkan peranan ketika mengambil gambar. Ini kerana pada waktu malam, tekanan dan bahang persekitaran lebih menyenangkan.

"Selalunya gambar yang diambil akan disimpan untuk kenangan dan juga rujukan. Namun, jika ada yang berminat, saya tidak lokek untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

"Setakat ini, sudah banyak tempat saya jelajah untuk mengambil gambar pada waktu malam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Yazid menjelaskan, faktor harga DSLR kini yang semakin murah menyebabkan bidang fotografi kian berkembang.

"Kini boleh dikatakan hampir semua individu yang meminati bidang fotografi mempunyai DSLR tidak kira daripada jenama apa kerana ia kini menjadi barang mampu milik," katanya yang mengunakan kamera jenis Nikon D90. 

Selain itu, katanya, walaupun bekerja pada siang hari menuntut tidur yang mencukupi, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus merakamkan gambar kerana merasakan kepuasan yang sukar diperoleh.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Usuldin, 26, berkata, selain dapat menikmati keindahan flora dan fauna pada waktu malam, dia juga dapat menimba ilmu paling berguna iaitu bagaimana untuk merakamkan keindahan tersebut supaya dapat diabadikan dan ditatap oleh orang lain.

Katanya, pengalaman seumpama itu tidak diperoleh semua individu, lebih-lebih lagi mengambil gambar pada detik 12 malam menuntut komitmen yang tinggi daripada penggemarnya.

"Bagaimanapun, saya terlebih dahulu memastikan tahap keselamatan saya terjamin sebelum bergerak ke sesuatu kawasan untuk mengambil gambar.

"Ini kerana dengan membawa barangan berharga seperti kamera DSLR, akan mengundang minat kumpulan yang mahu mengambil kesempatan," katanya.

Bagaimanapun katanya, ancaman tersebut tidak sekalipun menggentarkan beliau untuk terus menjadikan waktu tengah malam sebagai masa mengurangkan tekanan kerja dengan mengambil gambar pemandangan indah.

Sumber - Utusan Malaysia - 1hb. Oktober 2011