Saturday, January 28, 2012

Perayaan Mencincang Babi

Satu perayaan yang mungkin telah lama tetapi tidak diketahui umum, iaitu perayaan mencincang babi di sambut di sebuah kampung Nem Thuong, kira-kira 25 batu di utara Hanoi, Vietnam.

Ia disambut setiap tahun, pada hari keenam. Perayaan ini diraikan untuk menghormati dewa yang menjaga tempat mereka, Doan Thuong. Perayaan disambut dengan cara tradisional seperti perarakan dan muzik secara langsung. Amalan itu telah dikutuk oleh aktivis dari Vietnam dan juga luar negara kerana menganiaya binatang.




Wednesday, January 25, 2012

Buah nanas kembar

MELAKA TENGAH - Seorang penduduk terkejut apabila pokok nanas dari jenis Sarawak yang ditanamnya bersama jiran bersifat ganjil apabila mengeluar buah kembar sehingga melebihi 10 biji satu pokok.

Amin Jamal, 66, dari Kampung Pernu, di sini berkata, dia mula menanam pokok berkenaan selepas memikirkan bersama jirannya jenis tanaman yang sesuai dan mudah dijaga, kira-kira dua tahun lalu.

Dia akhirnya membuat keputusan untuk menanam nanas Sarawak dan sehingga kini terdapat lebih 20 pokok di halaman rumahnya serta sudah merasai buah berkenaan bersama jiran-jiran.

“Setakat ini sudah tiga musim kami bersama jiran-jiran merasai buah nanas berkenaan tetapi tidak sangka buah nanas kali ini agak berlainan daripada ke­biasaannya.

“Saya memang tidak pernah menemui buah nanas sebegini rupa, malah saudara-mara yang berkunjung juga berkata mereka tidak pernah menemui buah serupa ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, semalam.

Menurut Amin, dia mula menyedari keadaan rupa buah nanas itu sejak sebulan lalu dan memberitahu kejadian aneh itu kepada anak-anak dan isterinya.

“Saya bercadang sekiranya buah ini sudah cukup masak, akan membahagikan dengan jiran lain supaya semua dapat merasai nikmat pemberiaan ALLAH SWT ini,” katanya.

Sumber - Sinar Harian

Saturday, January 21, 2012

Diusir kerana berbogel




Aktress Iran, Golshifteh Farahani, ketika menghadiri pembukaan rasmi Festival Filem Antarabangsa Locarno ke-63 di Locarnio, Switzerland pada Ogos 2010. Lapuran mendakwa, Golshifteh diusir kerana berbogel di dalam sebuah majalah Perancis.















Friday, January 20, 2012

Naga dalam air


Sekumpulan penyelam melakukan tarian naga di dalam akuarium sempena kedatangan Tahun Baru Cina di Shanghai Cina, hari ini. Komuniti Cina akan menyambut tahun baru pada hari Isnin ini.





Saturday, January 14, 2012

"Tatu Anda Di Punggung Saya"

WELLINGTON: Seorang wanita membuka lelongan memberi peluang orang ramai membuat tatu di punggungnya supaya dia dapat membiayai kehidupannya.

Tina Beznec, 23, berkata dia memerlukan wang selepas dibuang kerja dua kali tahun lalu.

Dia membuat lelongan di Internet di bawah tajuk ‘Tatu Anda Di Punggung Saya’ dan dalam tempoh 24 jam bidaan mencecah NZ$10,250 (RM25,506), manakala tiga lagi individu membuat tindakan sama menawarkan bahagian tubuh mereka untuk ditatu.

“Anda mungkin fikir saya gila kerana melakukan perbuatan ini. Ya mungkin, tetapi pemenang lelongan memperoleh apa saja yang mereka ingin tatu di punggung saya!,” tulisnya di notis lelongan itu. Menurutnya, 20 peratus bidaan akan disalurkan kepada kebajikan dan selebihnya akan digunakannya. - AFP 

Sumber - Utusan Malaysia

Friday, January 13, 2012

Malaysia bakal jadi pengeluar kondom

NEW DELHI 13 Jan. — Malaysia kini di ambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walaupun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA

Askar AS kencing mayat militan Taliban

Gambar yang dipetik daripada video tidak bertarikh dalam YouTube menunjukkan tentera Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. - REUTERS


WASHINGTON 12 Jan. - Kor Marin Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan askar AS di Afghanistan dipercayai membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban yang disiarkan di YouTube dan laman web lain.

Dalam video itu, empat lelaki berpakaian seragam tempur celorong-celoreng kelihatan membuang air kecil ke atas mayat tiga pejuang Taliban.

Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, 'selamat jalan, kawan', manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di bawah pancuran.

Rakaman video itu boleh disaksikan di http://www.youtube.com/watch?v-TMq3m-Oli4

"Walaupun kami belum mengesahkan asal-usul atau kesahihan video itu, tindakan yang ditunjukkan tidak selaras dengan prinsip-prinsip utama kami dan tidak menggambarkan keperibadian askar Marin dalam Kor kami.

"Perkara ini akan disiasat secara terperinci," menurut Kor Marin dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai tentera yang enggan disiarkan namanya berkata, topi dan senjata yang dibawa oleh seorang askar itu menunjukkan mereka berempat mungkin anggota sepasukan penembak tepat elit.

Sebuah pertubuhan hak-hak sivil Islam di AS dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mengutuk perbuatan mencemarkan mayat itu.

"Mana-mana pihak bersalah mesti dihukum sekeras-kerasnya di bawah Kanun Seragam Kehakiman Tentera dan di bawah undang-undang Amerika yang relevan," menurut Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) dalam sepucuk surat, yang salinannya dihantar kepada beberapa pertubuhan media.

Kira-kira 20,000 askar marin AS ditempatkan di Afghanistan, kebanyakannya di wilayah Kandahar dan Helmand di selatan negara itu. - REUTERS

p/s - pautan youtube telah dipadam mungkin untuk menutup kelemahan pentadbiran tentera AS
sumber - Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sunday, January 8, 2012

Otak Einstein Jadi Rebutan Saintis

Otak Einstein menjadi rebutan untuk kajian ilmiah
bagi merungkai misteri keunikannya
SUSAHNYA menjadi orang genius! Sudah meninggal dunia pun otaknya masih menjadi buruan untuk dikaji.

Setelah lebih separuh abad meninggal dunia, otak saintis genius fizik yang terkenal dengan Teori Relativiti Umum, Teori Relativiti Khas dan Kesan Fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Anna Dhody, kurator muzium tersebut menyatakan dalam satu temubual Yahoo!News bahawa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein.

Keratan berkenaan telah didermakan oleh pakar neuropatologi kanan Hospital Kanak-Kanak Philadelphia AS, Dr. Lucy Rorke-Adams.

Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan di bawah bawah mikroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut.

Anna Dorby berharap melalui pameran itu ia dapat mendorong ramai pengunjung dan peminat sains mengkaji tentang sains dan fisiologi otak.

Sejumlah 45 bahagian otak Einstein itu telah melalui perjalanan yang sangat unik.

Ia bermula dari kematian saintis tersohor itu pada tahun 1955 akibat abdominal aneurism dan otaknya diambil tujuh jam selepas kematiannya.

Thomas Harvey seorang ahli patologi telah mengambil otak tersebut sebagai satu spesimen untuk uji kaji autopsi yang dijalankan.

Bagaimanapun pengambilan otak Einstein telah menimbulkan kontroversi sama ada ia mendapat izin waris. Dalam biografinya yang ditulis oleh Ronald Clark (1971) dikatakan: "Einstein sangat setuju jika otaknya dipakai sebagai objek penyelidikan dan meminta agar badannya juga diawetkan jika perlu". Namun kenyataan Ronald Clark tidak sesuai kerana pengambilan otak berkenaan belum mendapat izin daripada waris Einstein.

Anaknya, Hans Albert Einstein memberikan persetujuan hanya setelah otak bapanya diambil dengan syarat otak tersebut hanya dipakai untuk penyelidikan dan hasilnya diterbitkan dalam jurnal ilmiah yang berkualiti dan terkenal.

Harvey menyatakan bahawa keluarga Einstein telah memberikannya hak, sementara sebahagian ahli keluarganya yang lain tidak mengizinkan.


Thomas Harvey berbangga
dapat menyimpan otak Einstein
Harvey menerima nasib yang buruk apabila beliau kemudiannya dipecat dari melakukan tugasnya tetapi beliau tetap menyimpan otak saintis terkenal itu dengan selamat.

Harvey kemudian membahagikan sebahagian otak berkenaan kepada William Ehrich, seorang ahli patologi dari Philadelphia.

Setelah Ehrich meninggal dunia, keratan tersebut sempat diberikan kepada beberapa individu yang lain sehinggalah sampai ke Muzium Mutter.

Dhody mengatakan, salah satu tujuan pameran ini adalah untuk membenarkan orang ramai melihat bagaimana struktur manusia yang dikatakan genius itu.

Menurutnya ia sekali gus menekankan bahawa sehingga saat ini, belum ada satu saintis pun yang tahu apa yang menyebabkan Einstein begitu pintar jika ditinjau dari perkembangan dan penerokaan otaknya.

Beberapa penyelidikan melaporkan tentang keunikan otak Einstein. Salah satunya ialah hasil kajian Lucy Rorke-Adams menunjukkan bahawa otak Einstein berusia lebih muda dari yang sepatutnya secara mikroskopik.

"Beliau meninggal pada usia 76 tahun, jadi beliau merupakan seorang manusia yang sudah tua. "Tapi Dr. Rorke-Adam mengatakan, jika anda melihat otaknya, anda akan tahu bahawa otaknya kelihatan muda," kata Dhodhy seperti dilaporkan di laman web Livescience, pada November 2011 yang lalu.

Bagaimanapun juga, otak Einstein ditemui kembali pada tahun 1978 mendapat perhatian yang luas terutama di dalam dunia ilmiah.

Otak ini berada dalam sebuah botol batu yang diisi dengan cairan jus epal atau cider selama lebih dari 20 tahun.



Keratan otak Einstein yang disimpan oleh Dr. Lucy Rorke-Adams


Sumber : Utusan Malaysia Online
- 08 Januari 2012