![]() |
SZCZEKOCINY: Sekurang-kurangnya 16 penumpang maut manakala
berpuluh yang lain dimasukkan ke hospital selepas dua kereta api
bertembung di utara Poland, iaitu insiden terburuk dalam tempoh dua
dekad.
Nahas berlaku apabila sebuah kereta api yang dalam perjalanan ke
selatan dari Warsaw merempuh kereta api lain yang dalam perjalanan ke
utara di landasan sama di Szczekociny, kira-kira 200 kilometer dari ibu
negara.
Nahas itu mengakibatkan kereta api berkenaan remuk dan penumpang tercampak dari tempat duduk mereka.
Agensi berita Poland, PAP, melaporkan seorang wanita warga Amerika Syarikat antara yang terbunuh dalam kemalangan itu. Sementara itu, pegawai kecemasan berkata 57 penumpang, termasuk seorang yang parah, dimasukkan ke hospital. - AFP