Friday, December 16, 2011

Sertai Karnival Mesra Belia Pandan @ Tesco Ampang!!



Pada 16 hingga 18 Disember ini akan berlangsung Karnival Mesra Belia bertempat di persiaran Tesco Ampang. Pelbagai aktiviti akan diadakan khususnya untuk golongan belia. Antaranya ialah larian maraton, berbasikal, sepak takraw, inline skating, muay thai, taekwando, fun wrestling, pertunjukkan bina badan, treasure hunt, cyber game, basikal fixie, pertandingan tarian, pertunjukkan fesyen dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Selain daripada itu artis tempatan juga turut diundang antaranya Awie, Kristal, Ika Nabila, Lan Typewriter dan ramai lagi beserta kumpulan kumpulan indie band tempatan. Program yang dianjurkan oleh Kementeri Belia dan Sukan KBS, bertujuan memupuk semangat cintakan negara serta perpaduan di antara masyarakat setempat. Datanglah beramai-ramai.

Tarikh ( 17/12/2011 - Sabtu )

- Ronda-Ronda basikal bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN 450 basikal terlibat akan Turun Ke kawasan utk promosi..
- Pertandingan Bina Badan
- Larian Marathon 1 malaysia
- Pertandingan Mewarna & Melukis Kanak-Kanak & Sukaneka Dewasa
- Pertandingan Bayi Sihat
- Pesta Ponggal bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN
- Pertandingan Karaoke (saringan)
- Pertandingan Memasak
- Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN
- Pertandingan Cyber Game
- Pertandingan Ratu Kebaya/ Ratu Cheongsam / Ratu Sari ( saringan )
- Pertandingan Sepak Raga
- Konvoi Sports Car/Big Bike/Motor Scrambler/Motor Klasik ke Kawasan
- Pertandingan Muay Thai (saringan)
- Persembahan Kompang dan Silat
- Persembahan Taekwando & Taekwando - (persatuan taekwando/silambam Pandan)
- Parade atau Perarakan semua peserta Karnival bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA (1km )
- Pertunjukan Muay Thai
- Showdown - ( KBS )
- Konsert bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN- ( KBS )
- Karnival Nite Market-( persatuan kompleks muhibbah Pandan )
- Street Soccer bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN
- Basikal Fixie
- Indoor game di tapak carnival-club sukan

Tarikh ( 18/12/2011 - Ahad )

- Pertandingan Sukan Rakyat
- Pertandingan Pakaian Beragam
- Treasure Hunt
- Pertandingan Tarian "POCO-POCO" bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pertandingan Sepak Raga bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN
- Pertandingan Tarian Naga
- Final Karaoeke
- Pertandingan Bola Jaring
- Pertandingan Indie Band
- Final Ratu Kebaya/Ratu Cheongsam/Ratu Sari
- Inline Skating
- Persembahan Brass Band
- Indie Band & Jazz Pandan bersama YB MENTERI BELIA & SUKAN