Saturday, October 29, 2011

Festival Buku Kanak-kanak 2011

Kalau tiada aktivi lain, anda boleh bawa anak-anak ke sini. Lebih menjimatkan disamping menimba ilmu.





Program berkhatan anjuran Masjid Negara

Ni nak kepoh sikit...Masjid Negara akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai pada cuti sekolah di Masjid Negara pada 19 November. Program ini adalah usahasama antara Unit Perkhidmatan Sosial, Masjid Negara dan Rumah Khitan Sdn. Bhd.. Kaedah yang akan digunakan adalah Kaedah Smart Klamp.

Bayaran yang akan dikenakan kepada peserta adalah RM150.00 seorang. Penganjuran ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa memandangkan kos berkhatan kini agak mahal mencecah sehinnga RM200.00.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Mahadi Dahlan (013-396 4757), Jamal Nahar Ibrahim (019-425 1389), Ahmad Samsuri Abd. Aziz (017-367 1263) atau talian am Masjid Negara (03-269 37784)