Wednesday, November 2, 2011

Peminat Tegar Shah Rukh Khan


Vishal Singh, salah seorang peminat tegar bintang Bollywood,  Shah Rukh Khan telah membina suatu yang boleh diibaratkan sebagai sebuah kuil pemujaan untuk bintang itu. Shah Rukh Khan mejadi kegilaan peminat dari seluruh dunia tetapi kegilaan mereka tidak dapat menandingi Vishal Singh.

Vishal Singh, seorang ahli perniagaan India yang berusia 38 tahun telah menampal setiap inci persegi rumahnya dengan gambar Shah Rukh Khan dan telah menghabiskan masa bulan madu beliau dengan menunggu di luar rumah Shah Rukh Khan di Mumbai, dengan harapan untuk melihat kelibat idola beliau.

 "Saya akan berbuat apa-apa yang akan menjadikan Shah Rukh Khan gembira," Singh, yang menjalankan perniagaan ubat-ubatan homeopati di Lucknow,  dengan bangga berkata kepada pihak Reuters.

Rumah Singh adalah tempat suci kepada Khan. Terdapat potongan gambar Shah Rukh Khan pada siling, televisyen dan pada bantal-bantal.  Ketaksubannya terhadap Shah Rukh Khan, telah membuatnya menukar nama kepada Vishahrukh Khan.

Keluarga beliau pada mulanya merasa kurang senang dengan kegilaannya memuja Shah Rukh Khan. Singh berkata. "Ibu bapa saya sangat bimbang tentang saya, tetapi kini mereka tahu bahawa cinta saya untuk Shah Rukh tidak akan berakhir," katanya.

Beliau telah bertemu Shah Rukh Khan beberapa kali, termasuk ketika berbulan madu. Perjumpaan terakhir, adalah di Mumbai dimana beliau sanggup memandu lebih 800 kilometer dengan isterinya semata-mata untuk bejumpa bintang idolanya.
Selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan bintang idolanya, walaupun Shah Rukh Khab telah berjanji untuk melawat rumah Vishal Singh.

Vishal Singh melangkah keluar dari rumahnya di Lucknow, India, pada October 24. Beliau merupakan peminat Shah Rukh Khan dan telah menampal setiap inci rumahnya dengan gambar Shah Rukh Khan.
Anak-anak Vishal Singh, Simran (kiri) dan Aryan (kanan), sedang berehat di bilik tidur mereka, Bilik mereka juga telah dihiasi dengan gambar Shah Rukh Khan oleh bapa mereka.
Vishal Singh sedang berehat di ruang rehat rumahnya bersama isterinya Ruchi Singh, anak perempuannya Simran dan anak lelakinya, Aryan.
Gambar keluarga Visyal Singh yang diletakan belatarbelakangkan gambar-gambar Shah Rukh Khan
Bilik anak-anak Visyal Singh
Ruchi Singh, isteri Vishal Singh, sedang berbual di telefon di bilik tidur mereka.


Sumber – MSNBC dan Reuters, Lucknow, India

No comments:

Post a Comment