Saturday, January 28, 2012

Perayaan Mencincang Babi

Satu perayaan yang mungkin telah lama tetapi tidak diketahui umum, iaitu perayaan mencincang babi di sambut di sebuah kampung Nem Thuong, kira-kira 25 batu di utara Hanoi, Vietnam.

Ia disambut setiap tahun, pada hari keenam. Perayaan ini diraikan untuk menghormati dewa yang menjaga tempat mereka, Doan Thuong. Perayaan disambut dengan cara tradisional seperti perarakan dan muzik secara langsung. Amalan itu telah dikutuk oleh aktivis dari Vietnam dan juga luar negara kerana menganiaya binatang.




Wednesday, January 25, 2012

Buah nanas kembar

MELAKA TENGAH - Seorang penduduk terkejut apabila pokok nanas dari jenis Sarawak yang ditanamnya bersama jiran bersifat ganjil apabila mengeluar buah kembar sehingga melebihi 10 biji satu pokok.

Amin Jamal, 66, dari Kampung Pernu, di sini berkata, dia mula menanam pokok berkenaan selepas memikirkan bersama jirannya jenis tanaman yang sesuai dan mudah dijaga, kira-kira dua tahun lalu.

Dia akhirnya membuat keputusan untuk menanam nanas Sarawak dan sehingga kini terdapat lebih 20 pokok di halaman rumahnya serta sudah merasai buah berkenaan bersama jiran-jiran.

“Setakat ini sudah tiga musim kami bersama jiran-jiran merasai buah nanas berkenaan tetapi tidak sangka buah nanas kali ini agak berlainan daripada ke­biasaannya.

“Saya memang tidak pernah menemui buah nanas sebegini rupa, malah saudara-mara yang berkunjung juga berkata mereka tidak pernah menemui buah serupa ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, semalam.

Menurut Amin, dia mula menyedari keadaan rupa buah nanas itu sejak sebulan lalu dan memberitahu kejadian aneh itu kepada anak-anak dan isterinya.

“Saya bercadang sekiranya buah ini sudah cukup masak, akan membahagikan dengan jiran lain supaya semua dapat merasai nikmat pemberiaan ALLAH SWT ini,” katanya.

Sumber - Sinar Harian

Saturday, January 21, 2012

Diusir kerana berbogel




Aktress Iran, Golshifteh Farahani, ketika menghadiri pembukaan rasmi Festival Filem Antarabangsa Locarno ke-63 di Locarnio, Switzerland pada Ogos 2010. Lapuran mendakwa, Golshifteh diusir kerana berbogel di dalam sebuah majalah Perancis.















Friday, January 20, 2012

Naga dalam air


Sekumpulan penyelam melakukan tarian naga di dalam akuarium sempena kedatangan Tahun Baru Cina di Shanghai Cina, hari ini. Komuniti Cina akan menyambut tahun baru pada hari Isnin ini.





Saturday, January 14, 2012

"Tatu Anda Di Punggung Saya"

WELLINGTON: Seorang wanita membuka lelongan memberi peluang orang ramai membuat tatu di punggungnya supaya dia dapat membiayai kehidupannya.

Tina Beznec, 23, berkata dia memerlukan wang selepas dibuang kerja dua kali tahun lalu.

Dia membuat lelongan di Internet di bawah tajuk ‘Tatu Anda Di Punggung Saya’ dan dalam tempoh 24 jam bidaan mencecah NZ$10,250 (RM25,506), manakala tiga lagi individu membuat tindakan sama menawarkan bahagian tubuh mereka untuk ditatu.

“Anda mungkin fikir saya gila kerana melakukan perbuatan ini. Ya mungkin, tetapi pemenang lelongan memperoleh apa saja yang mereka ingin tatu di punggung saya!,” tulisnya di notis lelongan itu. Menurutnya, 20 peratus bidaan akan disalurkan kepada kebajikan dan selebihnya akan digunakannya. - AFP 

Sumber - Utusan Malaysia

Friday, January 13, 2012

Malaysia bakal jadi pengeluar kondom

NEW DELHI 13 Jan. — Malaysia kini di ambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walaupun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA