Monday, November 21, 2011

Harimau Muda Mengaum

Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya merangkul Pingat Emas Sukan Sea. Aku cukup kagum dengan korang terutama benteng pertahanan yang sukar ditembusi oleh pihak lawan. Yang paling membanggakan, korang berjaya tewaskan tuan rumah dan boleh bermain ditempat lawan yang mempunyai semangat patriotik tinggi. Tengoklah kecewaan dan tangisan mereka. Stadium pun terus lengang selepas perlawanan.

Saturday, November 19, 2011

Buletin "Hairan" OnLine: Saya Bersih !!! Kah Kah Kah

Buletin "Hairan" OnLine: Saya Bersih !!! Kah Kah Kah: Rahim Thambi Chick kata dia bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. he..he..he.. Siapa perca...

Buletin "Hairan" OnLine: Mengapa Mahiaddin BUKAN Muhyiddin?

Buletin "Hairan" OnLine: Mengapa Mahiaddin BUKAN Muhyiddin?: Semalam, rata-rata akhbar perdana ada menyiarkan berita fasal pelancaran album sulung Najwa Mahiaddin, bertajuk Innocent Soul di Restoran ...

Friday, November 18, 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce TIDAK Halal

Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Surat rasmi telah dikeluarkan dan telah dihantar kepada Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd untuk tindakan lanjut.


Sila sebarkan kenyataan ini untuk kebaikan bersama.

Harian Metro - 3 Nov. 2011


Sunday, November 13, 2011

Thursday, November 10, 2011


Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.
 
SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

“Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar,” kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.

- Agensi