Thursday, September 15, 2011

Kemalangan Keretapi

 
Beberapa anggota polis semalam menyaksikan kerosakan sebuah gerabak keretapi penumpang yang berlanggar dengan sebuah keretapi lain dekat Chitheri, India. Seramai sepuluh orang terbunuh dan seratus lagi cedera dalam kejadian yang berlaku malam kelmarin.

Ketawa dapat tanggani kesakitan

Ketawa bersama rakan-rakan dapat membantu anda menanggani kesakitan kerana otak akan dibanjiri bahan kimia seperti candu, menurut satu kajian di Britain.

Kajian itu mendapati ketawa yang berkesan untuk melegakan kesakitan adalah ketawa yang bukan di buat-buat. Ketawa riang sebegini kata mereka, lebih kerap berlaku apabila seseorang itu bersosial bersama rakan-rakan. 











Wednesday, September 14, 2011

Telur Dadar Gergasi


Saint Aygulf, Perancis - Beberapa chef memasak telur dadar gergasi di dalam kuali besar dengan menggunakan 14400 biji telur, 15 liter minyak dan 3 kilogram mentega. Chef-chef terbabit turut membakar roti gergasi untuk dimakan oleh hampir 4,000 orang di sini dalam festival tahunan telur dadar baru-baru ini. 

Menyediakan telur dadar gergasi merupakan satu tradisi di Perancis.

Menurut cerita lagenda, ia bermula di bandar Bessieres, apabila pemimpin perancis, Napolean Bornaparte mengarahkan penduduk mengumpul telur untuk memasak telur dadar bagi askar-akarnya.  













Monday, September 12, 2011

Cipta rekod makan sarapan pagi paling banyak

Steven Magree makan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori di kafe Hungry Horse, Corby
Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak. Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk seorang lelaki.

Sarapan pagi itu mengandungi, tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti.

Dia juga turut memakan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang.

Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse. 





Thursday, September 1, 2011

Bagaimana kuku manusia terbentuk

Bagaimana kuku manusia terbentuk. Kuku manusia dihasilkan daripada keratin sama seperti rambut manusia dan bahagian luar kulit manusia. Asal keratin ialah protein. 

Pada jari anda terdapat satu kawasan rata yang terletak di lapisan bawah kuku yang dikenali sebagai nail bed. Ia terletak di atas urat darah yang halus dan urat ini memberi makanan dan warna merah jambu kepada kuku anda. 

Apabila sel-sel akar nail bed membesar dan membentuk keratin maka akan lahirlah kuku! Lapisan-lapisan keratin akan terikat antara satu sama lain dan kuku akan mula tumbuh keluar daripada akar nail bed sehingga ke hujung jari tangan atau jari kaki. 

Kebanyakan manusia mengalami pertumbuhan kuku yang perlahan. Malah kuku yang anda lihat sekarang mungkin tidak akan diganti dengan kuku baru dalam tempoh enam bulan atau setahun dari sekarang. Di bahagian akar kuku iaitu pertemuan antara kuku dan kulit anda ialah kutikel. Setiap kuku mempunyai kutikel masing-masing dan ia membantu menghalang sel baru keratin yang keluar untuk membentuk kuku baru.

Sumber - Estidotmy, September 2011

Monday, August 29, 2011

Sedang makan terjumpa pula aku dengan keratan ini..ntah betul atau tidak ...


Friday, July 1, 2011

Otak bekerja lebih memahami bahasa Cina


PARA penutur bahasa Mandarin atau Cina sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak mereka berbanding mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris, menurut satu kajian.

Saintis di pertubuhan kebajikan Wellcom Trust, Britain menyatakan, penutur bahasa Cina perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak mereka bagi memahami pelbagai variasi bahasa tersebut, tidak seperti bahasa Inggeris yang menggunakan hanya sebelah daripada bahagian otak untuk memahaminya.

“Kami sangat terkejut mendapati manusia yang bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan otak mereka dalam pelbagai cara bagi memahami ucapan,’’ kata Dr. Sophie Scott, ahli psikologi dari pertubuhan kebajikan tersebut.

Kajian itu yang menggunakan sekumpulan sukarela mendapati pelbagai bahagian dalam otak manusia digunakan dalam menterjemahkan perkataan dan juga sebutan.

Bahagian kiri manusia akan menjadi aktif apabila ia mendengar bahasa Inggeris tetapi kedua-dua bahagian dalam otak yang kebiasaannya digunakan untuk memproses melodi dalam muzik atau ucapan diperlukan bagi menterjemah bahasa Cina.

Elemen sebutan sangat penting dalam pengucapan bahasa Cina yang akan memberikan pelbagai maksud yang berlainan walaupun ia kelihatan menggunakan perkataan yang sama. Sebagai contoh, dalam bahasa Mandarin perkataan ‘ma’ sahaja boleh membawa makna emak, kuda, memarahi atau jerami bergantung kepada nada sebutannya. – Reuters

Sumber - Estidotmy, Julai 2011